Website is loading

Tok Syed Distribution

Keprihatian kami adalah penggunaan produk-produk berasaskan herba traditional kepada pelanggan kami dan sekaligus mengurangkan penggunakan bahan-bahan kimia merbahaya lain yang selalu terkandung di dalam produk-produk di dalam industri ini.

Tentang Kami

Tok Syed Distribution Sdn. Bhd.




Tok Syed Distribution Sdn Bhd ditubuhkan pada bulan April 2017 dengan pada awalannya membawa kepada perniagaan menjual produk-produk barangan keperluan ibu dan anak yang berasaskan herba-herba berkualiti traditional.

Keprihatian kami adalah penggunaan produk-produk berasaskan herba traditional kepada pelanggan kami dan sekaligus mengurangkan penggunakan bahan-bahan kimia merbahaya lain yang selalu terkandung di dalam produk-produk di dalam industri ini.

Siapa yang sanggup melihat si manja mereka tercemar dengan penggunaan produk yang dicampuri SLES, Paraben dan yang sewaktu dengannya kan? Begitulah juga kami. Maka TSD mula melakukan beberapa kajian serta R&D untuk mengeluarkan produk-produk kegunaan harian si manja dan ibu malah orang dewasa lain sekali pun yang berasaskan kandungan pati herba-herba terpilih dari pelbagai serantau benua yang terdapat di Asia.

Di TSD kami amat mementingkan kebersihan, kualiti serta mutu terhadap produk-produk yang dihasilkan. Ianya bermula dari bahan material asas yang digunakan (kami menggunakan material asas yang berkualiti patinya) sehinggalah kepada penyediaan serta penghasilkan sehingga menjadi end-produk kami yang dikilangkan di kilang bertaraf GMP.

TSD juga membuka peluang kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini menjadi sebagai rakan niaga kami. Konsep rakan niaga yang kami bina ini merangkumi satu konsep yang legnkap di mana ia dibawah pantauan sistem pengedaran yang dibina oleh kami.

Kami cuba sedaya upaya untuk menyediakan fasiliti serta bahan marketing terlengkap bagi rakan niaga serta pengedar kami. Sekaligus ia akan memudahkan uruskan marketing mereka seharian. Di samping itu TSD juga menyediakan pelbagai insentif serta bonus tambahan bagi menggalakkan para rakan niaga dan pengedar kami terus bersemangat dan lama berniaga bersama kami.

Semoga TSD dapat membantu melahirkan ramai lagi usahawan dalam talian serta peniaga berbakat di luar sana yang memberikan perkhidmatan pelanggan berkualiti dari masa ke semasa. Dan juga diharap produk-produk yang dihasilkan dapat mencapai matlamat dalam membantu pengguna di luar sana.

Hubungi Kami

Sentiasa berhubung dengan kami


Sebarang maklum balas atau pertanyaan, sila hubungi kami melalui borang di bawah.

Email

info@toksyed.com

Telefon

60168262990

Lokasi

Ground FloorPKNS Complex, 40000 Shah Alam, Selangor